ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WANITA DIBELASAH SELEPAS CUBA NASIHAT RAKAN SERUMAH BUAT MAKSIAT !!!

Saturday, 19 April 2014

WANITA DIBELASAH SELEPAS CUBA NASIHAT RAKAN SERUMAH BUAT MAKSIAT !!!

Gambar Hiasan

Niat baik seorang wanita cuba menasihati rakannya supaya tidak membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa didiami dibalas dengan derita apabila dia cedera teruk ditendang dan dipijak berulang kali.

Dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 28 tahun cedera di kepala dan badan selepas diserang rakan serumahnya itu di Pandan Indah, di sini.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang tidur di biliknya terjaga sebaik mendengar bunyi bising di ruang tamu.

Menurutnya, mangsa yang membuka pintu bilik terkejut apabila terserempak seorang lelaki dipercayai kekasih rakan serumahnya itu.

“Mangsa kemudian memanggil rakan serumahnya itu sebelum menegur perbuatan dosa berkenaan."

Teguran itu bagaimanapun menyebabkan suspek tidak berpuas hati.

“Suspek yang berusia 20-an memaki hamun namun mangsa hanya mendiamkan diri,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak menumbuk dan menendang mangsa sambil diperhatikan teman lelakinya itu.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut memijak kepala dan perut mangsa sebaik mangsa terjatuh.

Mangsa cuba merayu supaya tidak diapa-apakan namun rayuannya tidak diendahkan.

“Suspek dikatakan memukul mangsa hampir 10 minit sebelum berhenti sebaik ditenangkan teman lelakinya itu."

Pasangan itu kemudian bergegas meninggalkan rumah itu,” katanya.

Katanya, suspek mengugut mahu mencederakan mangsa sekiranya dia masih mencampuri urusannya.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan dibawa rakan lain ke Hospital Ampang (HA), di sini,” katanya.

“Mangsa yang dirawat sebagai pesakit luar kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Sumber

No comments:

Post a Comment