ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ADUN PALOH CEDERA, ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA !!!

Friday 18 April 2014

ADUN PALOH CEDERA, ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA !!!

Tarikh : 17.4.2014 
Masa : 6.30 petang
Lokasi : Cameron Highlands menghala ke Simpang Pulai
Mangsa 1: YB Dato Paduka Nozula Mat Diah (Cedera Ringan)
Mangsa 2: YBhg Datin Paduka Maziah bt Din (Meninggal Dunia)

Takziah diucapkan kepada keluarga Yang Berhormat Datuk Paduka Nozula atas kehilangan isteri tercinta.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. 
Al-fatihah.

Ipoh: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Kelantan, Datuk Paduka Norzula Mat Diah cedera manakala isterinya, Datin Paduka Maziah Din meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 24 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di sini, petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu, kereta yang dipandu Norzula, dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit.

Ketua Polis Negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kenderaan berkenaan dipercayai terbabas berikutan kerana permukaan jalan yang licin. 

"Beliau (Norzula) kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh serta berada dalam keadaan stabil dan hanya cedera ringan manakala isteri beliau dikhabarkan meninggal dunia sebentar tadi," katanya.

Acryl Sani berkata, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung kejadian itu dari semasa ke semasa.
Berita Harian

No comments:

Post a Comment