ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ALFATIHAH !!! ADIK AHMAD AMMAR DALAM KENANGAN - BERSEMADI DI SEBELAH KUBUR SAHABAT RASULULLAH S.A.W

Thursday, 21 November 2013

ALFATIHAH !!! ADIK AHMAD AMMAR DALAM KENANGAN - BERSEMADI DI SEBELAH KUBUR SAHABAT RASULULLAH S.A.W

DALAM KENANGAN
AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM AB RAHMAN
1993 - 2013
Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yg bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar. 

Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. Satu-satunya rakyat Malaysia yang dimakamkan bersebelahan Sahabat Rasulullah SAW ,Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki. 




Siapa sebenarnya adik Ahmad Ammar ???

Warga besar PKPIM-ABIM-WADAH dan rangkaiannya mengucapkan takziah atas kembalinya ke rahmatullah, sahabat kita Saudara Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, yang merupakan anak kepada Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar merupakan seorang ahli dan pimpinan ABIM yang aktif. Beliau meninggal di Istanbul, yang kini berada di sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah.

Anak lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam ini telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Ahmad Azam sekeluarga. Seluruh warga PKPIM-ABIM-WADAH amat merasai kehilangan beliau yang merupakan permata bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yang berpotensi untuk bersinar pada masa akan datang.

Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin. 

Ahmad Ammar adalah seorang anak muda yang baik. Jarang dapat ditemui anak muda sepertinya. Tekun dan berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi. Tidak banyak bersuara di depan ramai. Pandai menempatkan diri di tengah khalayak. Dan paling menyentuh perasaan ialah bila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi penuntun ibu bapanya ke syurga.

Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana. ALLAH menyayangimu. Sungguh, hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH, jasadmu juga bersama para pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.

Hidup dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa. 

Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.

Buat anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya. berazamlah untuk dekat dengan orang-orang soleh. In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. In sya ALLAH, semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.

Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai. 

Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar. Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A.

Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur di ketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.

Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat İnsani Yardım . 
Perancangan ALLAH SWT. 

Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan.

Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘anhu.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Salam.

HAJI AMIDI ABD MANAN, 
Presiden ABIM.
Berikut adalah perbualan terakhir allahyarham bersama kakaknya...

Nabila Azam : Never thought this would be the last conversation with him...When he told me that he wanted to be one of the shuhada' in Syria, I seriously thought that he was just simply saying it....Never crossed my mind that he was really meant it...now, with Allah's will, you are one of the shuhada' my dear Ammar...the shaheed who seek for knowledge n plan to share it with others...all of us proud of u...

AlFatihah.... 
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohmu dan ditempatkan di kalangan para shuhada...
Amin

No comments:

Post a Comment