ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AL-FATIHAH : BEKAS ADUN BAYU MENINGGAL DUNIA

Thursday 10 July 2014

AL-FATIHAH : BEKAS ADUN BAYU MENINGGAL DUNIA



BALING - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, Salleh Yaakob, 63, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Carok Putih, Mukim Siong di sini.

Allayarham meninggal kira-kira 5 pagi tadi berikutan masalah kesihatan yang dihidapinya sejak beberapa bulan lepas.

Adik Allahyarham, Mohd Taufik berkata abangnya dimasukkan ke Hospital Baling pada Isnin lepas akibat masalah jantung tetapi dibenarkan keluar semalam.

Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Kampung Carok Putih. 

Turut menziarahi jenazah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Azimi Daim.

Salleh memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Bayu pada pilihan raya umum 2004 menewaskan calon Pas, Datuk Taib Azamuddin Mohd Taib dengan majoriti 1,786 undi.

Allahyarham meninggalkan isteri Azidah Ahad, 56, tiga anak dan seorang cucu.- Bernama

No comments:

Post a Comment