ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO : WANITA BERKONGSI PENGALAMAN TERJUNAN BEBAS DI SYDNEY !!!

Monday 14 April 2014

VIDEO : WANITA BERKONGSI PENGALAMAN TERJUNAN BEBAS DI SYDNEY !!!


PENULIS rasa inilah video terjunan bebas paling cantik pernah disaksikan di laman media sosial Facebook.

Video berkenaan dikongsi seorang pengguna Facebook dengan nama Hana Zad yang dilihat menggemari aktiviti ekstrem seperti terjunan bungee.

Di Facebook, beliau diikuti oleh 291 orang follower.

Dalam satu video yang dikongsinya, Hana melakukan aksi terjunan bebas dari pesawat dari ketinggian 14,000 kaki di Sydney, Australia.

Beliau membuat terjunan bebas itu bersama seoang pakar dan mereka diikat bersama sepanjang terjunan sehingga mendarat.

Video berkenaan turut dikongsikan laman Facebook Sydney Skydivers.

Saat mereka berdua terjun dari pesawat, boleh terasa saat cemas dan terujanya Hana ketika berada berbelas ribu kaki di udara.

Lebih menarik apabila payung terjun dibuka, pemandangan yang ada dihadapan mereka berdua sangat indah berpandukan kepada kamera yang dipegang oleh penerjun di belakang Hana itu.

Dalam video berkenaan Hana telah melakukan terjunan itu bersama seorang lagi wanita.

Anda hayatilah keindahan ciptaan Allah dalam video terjunan Hana ini.

Video berkenaan telah dihasilkan pada 2012 tetapi ia menjadi viral pada ketika ini kerana pemandangan suasana alam ciptaan Allah yang begitu menakjubkan. 
MYNEWSHUB.MY

No comments:

Post a Comment