ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : MAHKAMAH BATAL PENGHAKIMAN INGKAR TERHADAP HADI AWANG !!!

Monday 14 April 2014

TERKINI : MAHKAMAH BATAL PENGHAKIMAN INGKAR TERHADAP HADI AWANG !!!

Mahkamah batal penghakiman ingkar terhadap Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Isnin membatalkan penghakiman ingkar yang diperoleh calon PKR, Mohd Shamsul Mat Amin bagi kerusi DUN Bukit Besi terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perkara tersebut dimaklumkan peguam beliau, Asmuni Awi ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.


"Mahkamah telah membuat keputusan membatalkan (penghakiman ingkar tersebut). Selepas ini akan ada pendengaran penuh kes tersebut.. namun tarikhnya lama lagi," kata Asmuni.


Menurut beliau, pihak defendan juga diarahkan memfailkan memorandum kehadiran serta memfailkan pembelaan dalam tempoh 14 hari.


Katanya, alasan pembatalan atau pengenepian penghakiman tersebut adalah kerana dua alasan, iaitu penyerahan saman yang tidak teratur kerana menyerahkan kepada pihak yang tidak wujud; dan langkah plaintif tidak mengikut kaedah mahkamah 2012.


Berikutan alasan-alasan itu, Asmuni telah memfailkan permohonan membatalkan atau mengetepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada keesokan hari.


Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Februari telah mengarahkan Abdul Hadi membayar saman berjumlah RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh calon PKR Dewan Undangan Negeri DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.


Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.


Perintah tersebut dikeluarkan berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd Shamsul sebelum ini.


Mohd Shamsul memfailkan saman terhadap Abdul Hadi ekoran dakwaan yang dibuat ahli parlimen Marang itu bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

No comments:

Post a Comment