ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 'WANITA CANTIK' TIPU RM59,900 !!!

Saturday 12 April 2014

'WANITA CANTIK' TIPU RM59,900 !!!


Seorang kakitangan kerajaan mengalami kerugian RM59.900 apabila ditipu satu sindiket antarabangsa yang turut didalangi rakyat tempatan. 

Mangsa berumur 35 tahun yang juga seorang kakitangan sebuah jabatan kerajaan berpejabat di sini, membuat laporan polis selepas menyedari diperdaya wanita yang dikatakan berwajah cantik melalui satu akaun di Facebook sejak awal bulan lalu. 

Polis berjaya menahan tiga lelaki iaitu dua rakyat tempatan berusia 32 dan 28 tahun di rumah masing masing di Taman Seri Setia, Johor Bahru, Johor, dan seorang pelajar kolej berbangsa Nigeria berusia 20-an di sekitar Damansara, Selangor. Polis percaya mereka sebahagian daripada sindiket penipuan dan masih memburu saki baki kumpulan terbabit. 

Sehubungan itu, polis juga sedang mengesan seorang lelaki dari Nigeria yang dikenali sebagai Chizaoba Gods Power lwuagwu untuk siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Cawangan jenayah Ko-mersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Pcrak, Inspektor Gopal Palanisamy di talian 016-6379408 atau menghubungi Balai Polis Teluk Intan di talian 05-6222222 atau balai polis berhampiran. 

Sumber: Harian Metro.

No comments:

Post a Comment