ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WAN AZIZAH BERBOHONG DALAM SIDANG DUN SELANGOR ???

Wednesday 9 April 2014

WAN AZIZAH BERBOHONG DALAM SIDANG DUN SELANGOR ???


Shah Alam – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Dr Wan Azizzah Wan Ismail cuba menafikan penglibatan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan Raja Bomoh, Datuk Ibrahim Mat Zin.

Wan Azizah ketika mencelah kenyataan yang dibangkitkan oleh Adun Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias menjelaskan Anwar tidak pernah menggunakan khidmat Raja Bomoh itu.

“Saya nak tanya mana bukti yang kata Ketua Pembangkang guna khidmat raja bomoh? Yang saya baca raja bomoh ini diundang menghadiri jamuan tetapi kita tidak menggunakan perkhidmatannya.

Terdahulu Shamsudin ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja semasa pembukaan pertama sidang dewan semalam berhujah dengan mendakwa Anwar yang juga merupakan Penasihat Ekonomi Selangor itu pernah menggunakan khidmat raja bomoh.

Namun menurut Raja Bomoh dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa, Anwar pernah menggunakan khidmatnya untuk menjaga Wan Azizah sekiranya dia ditangkap ketika kes Liwat 1 pada tahun 1998.

“Masa itu saya pernah jumpa di pejabat beliau (Anwar), beliau pernah berkata kepada saya. Datuk kalau terjadi apa-apa dalam penentangan saya ini… Datuk tolong jaga Isteri saya. Saya kata Insyallah."

“Sebab pada masa itu, parti Keadilan menang satu kerusi sahaja di Permatang Pauh. Jadi pada masa itu, Wan Azizah selalu kena buli dekat Parlimen. Jadi Pak Sheikh suruh saya jaga isteri dia. Datuk tolong tengok-tengok (kata Anwar)."

“Jadi saya jagalah isteri dia kalau orang nak buat tak tentu (khianat). Macam mana dia boleh kata tak kenal?” jelas Raja Bomoh itu. - Suara.TV

No comments:

Post a Comment