ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEBARKAN !!! @pdrm NAFI INSIDEN TEMBAK LIBATKAN ANGGOTA POLIS !!!

Thursday 10 April 2014

SEBARKAN !!! @pdrm NAFI INSIDEN TEMBAK LIBATKAN ANGGOTA POLIS !!!


KUALA LUMPUR - Polis hari ini menafikan kejadian tembakan yang dikatakan berlaku ke atas beberapa individu berpakaian seragam polis seperti yang tersebar di laman sosial dan aplikasi 'WhatsApp'.

Menurut laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), gambar berkenaan diambil ketika latihan tebusan di KL Sentral.

"PDRM menafikan sekeras-kerasnya kejadian 'tembakan' itu. Ia (penyebaran) dilihat cuba menimbulkan rasa ketakutan dalam kalangan orang ramai," menurut laman itu.

Gambar yang tersebar itu menunjukkan beberapa individu memakai seragam polis dan tiga individu terbaring di atas lantai dengan beberapa kesan darah, kononnya selepas berlaku insiden serangan dan tembak-menembak di sekitar daerah Serdang.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan berkenaan kerana diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan menggunakan maklumat palsu, menurut laman itu.
Bernama

No comments:

Post a Comment