ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENCARIAN MH370 MAKIN HAMPIRI TITIK PENEMUAN – ANGUS HOUSTAN

Friday 11 April 2014

PENCARIAN MH370 MAKIN HAMPIRI TITIK PENEMUAN – ANGUS HOUSTAN


Pencarian MH370 semakin menghampiri titik penemuan, dakwa Koordinator Misi Mencari, Angus Houstan.

Ini berikutan ping kelima yang dikesan hari ini yang dipercayai berpunca daripada kotak hitam kapal malang itu.

“Saya kini optimistik bahawa kita akan menemui kapal terbang itu atau apa yang masih tinggal daripadanya dalam masa terdekat,” menurut pesara Ketua Marsyal Udara Australia  berkenaan.

Rabu lepas beliau membuat kenyataan bahawa aktiviti pencarian dilakukan di kawasan yang betul.

Kawasan pencarian kini adalah seluas 58,000 kilometer persegi iaitu 45 kali ganda keluasan bandar Los Angeles di Amerika Syarikat.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China, dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia. 
Myewshub.my

No comments:

Post a Comment