ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KETIKA SAHABAT MENJADI PENGKHIANAT !!!

Sunday 13 April 2014

KETIKA SAHABAT MENJADI PENGKHIANAT !!!


Sahabat jadi pengkhianat...???
Korang pun pernah dengarkan apa yang dibuat kawan baik kita yang tikam belakang kita sendiri tanpa disedari...sanggup jadi pengkhianat.

Depan kita segala-galanya baik, manis...tapi dibelakang kita dialah gunting dalam lipatan. Semua rahsia & amanah yang kita kongsi dengan dia habis dijaja dan diceritakan kat orang lain.

Orang kalau dalam hatinya berasa iri hati macam ni laa jadinya.., sanggup tikam belakang kawan sendiri. Setidak-tidaknya kalau rasa tidak puas hati macam mana pun kat seseorang jangan lah sampai memburukkan kawan-kawan lain.., jangan tuduh kawan-kawan dengan perkara-perkara yang dia tidak buat.

Tergamakkah buat kat kawan-kawan macam tu???, sebelum buat fikir lah betul-betul...fikir biar matang sikit. Kawan mana yang tak geram.., kawan mana yang tak marah bila dapat tahu berita yang kurang menyenangkan bagi dirinya. Tambah-tambah lagi bila berita tu sama sekali tidak betul. Alahai...sedih bila difikirkan.

Minta maaf semua orang boleh buat dan untuk memaafkan boleh tapi kalau nak lupakan perangai seseorang yang buat pada kawan-kawan amat tidak buleh sama sekali...memaafkan tetapi sukar melupakan...itu pepatah  yang sesuai untuk sahabat yang bergelar kawan tikam belakang.

Sukar nak lupakan apa yg dia buat...bukan bermaksud berdendam, jauh sekali...tapi nak ambil langkah berhati-hati...takut pisang berbuah dua kali. Sekali terkena sudah cukup sebagai pengajaran...sebagai peringatan supaya tak berlaku lagi...Jadi berwaspadalah  bila kita bercakap, kerana kita tidak sedar ada orang lain yang akan buka aib kita.

No comments:

Post a Comment