ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT DALAM INSIDEN VAN MELUNGSUR !!!

Monday 14 April 2014

KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT DALAM INSIDEN VAN MELUNGSUR !!!

Insiden van melungsur: Enjin sudah dimatikan, brek tangan turut dinaikkan


SKUDAI: Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut apabila van yang dinaiki mangsa melungsur masuk ke loji tumbahah di Taman Universiti, di sini.


Siasatan awal polis mendapati enjin van itu sudah dimatikan dan brek tangan juga dinaikkan semasa kejadian.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Assisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata mangsa Muhammad Azri Aqif Azhar, 4, meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Taman Universiti.



Mayat mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim,Kulaijaya untuk bedah siasat dan kemudian disembahyangkan di masjid berdekatan sebelum dibawa ke kampung halaman ibunya di Terengganu untuk di semadikan.



Lima penumpang yang lain telah dibawa ke Klinik Kesihatan Taman Universiti sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu untuk rawatan lanjut.



Mereka ialah Nur Aima Razak, 5, Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, 5, Danial Asyraf Abdullah, 5, Danial Aiman Hakimi Md Gefri, 6, dan Sakinah Roslan, 5.



Menurut seorang saksi kejadian, Mohd Hanafi Jaafar, dia melihat pemandu van tersebut sedang memasukkan kanak-kanak tadika ke dalam van berkenaan.



Namun secara tiba-tiba, van itu mengelungsur dan terus melanggar pagar sebelum terjunam ke kolam kumbahan.


Katanya, kanak-kanak yang meninggal dunia, Muhammad Azri Aqif Azhar merupakan murid tadika terakhir diselamatkan kerana tersepit di dalam van.



Polis menahan wanita yang memandu itu bagi membantu siasatan kejadian terbabit.

Astro Awani

No comments:

Post a Comment