ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DAP BANTAH KELANTAN LAKSANA HUDUD !!!

Saturday 5 April 2014

DAP BANTAH KELANTAN LAKSANA HUDUD !!!


KUALA LUMPUR – Pendirian DAP berhubung hukum hudud selama ini amat jelas dan sama sekali tidak akan berkompromi dalam hal itu, tegas bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Beliau menegaskan, sebarang kelulusan berhubung undang-undang (hudud oleh kerajaan) bukan kepentingan buat negara.

“”Hudud semestinya bukan satu undang-undang untuk zaman ini,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bahawa kerajaan negeri akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) berhubung hukum hudud.

Rang undang-undang itu akan dibawa ke sidang Parlimen bagi mendapatkan kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Kata Ahmad, sebahagian besar jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera, dan membunuh di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan sebagaimana diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code).

Karpal bagaimanapun menegaskan, meskipun Parlimen mempunyai bidang kuasa meluluskan undang-undang jenayah tetapi hudud mempunyai implikasi yang terlalu serius.

Justeru, dakwanya, Parlimen tidak akan dan tidak boleh meluluskan undang-undang dalam kategori seperti itu.

“Parlimen tidak boleh menguatkuasakan suatu enakmen perlembagaan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN),” dakwanya.
mynewshub.my


No comments:

Post a Comment