ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AWANG ADEK DILANTIK SEBAGAI DUTA BESAR MALAYSIA KE AMERIKA SYARIKAT.

Tuesday 1 April 2014

AWANG ADEK DILANTIK SEBAGAI DUTA BESAR MALAYSIA KE AMERIKA SYARIKAT.


Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra, Datuk Dr Awang Adek, 59 tahun, menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, siang tadi.

Beliau yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, memperolehi ijazah Sarjana Muda Matematik dan Ekonomi, dari Universiti Drew, Amerika Syarikat, dan juga memegang ijazah Sarjana Ekonomi dan Doktor Falsafah Ekonomi dari Wharton School, Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Beliau pernah berkhidmat di USM sebagai pensyarah dan pernah memegang jawatan Penolong Gabenor Bank Negara dari tahun 1996 hingga 2001.

No comments:

Post a Comment