ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 10 0RANG DIKHUATIRI HILANG DI BUKIT BROGA SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI RIADAH.

Sunday 6 April 2014

10 0RANG DIKHUATIRI HILANG DI BUKIT BROGA SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI RIADAH.


KUALA LUMPUR - Seramai 10 orang dikhuatiri hilang semasa menjalankan aktiviti riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga, Selangor, pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata kesemua mereka dilaporkan hilang kira-kira 11.54 pagi.

"Selepas mendapat panggilan, pihak bomba bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira setengah jam kemudian.

"Sehingga kini, kesemua mereka gagal dikesan dan usaha mencari masih dijalankan," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Mohd Sani berkata usaha mencari dan menyelamat turut dibantu kira-kira 30 anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam.

Beliau berkata 10 orang yang hilang di Gunong Tok Wan itu terdiri daripada dua kumpulan pendaki iaitu kumpulan pelajar dan kumpulan dewasa.

Kumpulan pelajar terdiri daripada enam pelajar lelaki Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang, yang merentas desa di bukti itu bermula kira-kira 4 pagi Sabtu.

"Kami terima panggilan daripada mangsa menyatakan mereka sesat menerusi telefon bimbit pada 11.55 pagi. Jentera bomba pertama tiba di lokasi kejadian pada 12.24 tengah hari.

"Berdasarkan maklumat, kumpulan pelajar itu telah menemui satu lagi kumpulan empat lelaki dewasa yang juga sesat dan mereka kini bergabung sementara menunggu bantuan tiba," katanya kepada BERNAMA.

Mohd Sani berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa melibatkan anggota keselamatan termasuk bomba, Jabatan Pertahanan Awam, Rela dan polis giat dilakukan.

Beliau berkata keadaan agak sukar buat anggota keselamatan berikutan keadaan gelap dan jalan licin kerana hujan.

"Kita sedang berusaha mencari jalan yang paling baik untuk menyelamatkan mangsa termasuk mendapatkan bantuan Orang Asli. Tiada mangsa yang cedera cuma mereka dalam keletihan dan kelaparan," katanya.


--BERNAMA

No comments:

Post a Comment