ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: REMAJA LELAKI SEMBUNYI DALAM BEG PAKAIAN ELAK DITANGKAP KHALWAT !!!

Wednesday 2 April 2014

REMAJA LELAKI SEMBUNYI DALAM BEG PAKAIAN ELAK DITANGKAP KHALWAT !!!


GEORGETOWN: Tindakan seorang remaja lelaki bersembunyi di dalam sebuah beg pakaian untuk mengelakkan ditangkap khalwat di rumah teman wanitanya di Lengkok Minden 2, Gelugor di sini, petang kelmarin gagal apabila dia dikesan penguatkuasa agama menerusi rambutnya yang terkeluar dari celah zip beg.

Ketua Unit Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Khairul Azman Azizan, berkata pihaknya melakukan pemeriksaan selepas menerima aduan, mendapati pintu utama rumah terbabit tidak berkunci dan di dalamnya terdapat seorang wanita berpakaian baju-T serta seluar pendek ketat.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati tiada sesiapa di bilik wanita terbabit, tetapi terdapat satu beg pakaian mencurigakan berada di penjuru bilik dengan kelihatan rambut terkeluar daripada celah zip.

Selepas membuka beg itu, kami menemui seorang remaja lelaki bersembunyi di dalamnya dan mengarahkannya keluar. Terdapat kesan gigitan cinta pada leher lelaki terbabit dan mengaku ia dilakukan teman wanitanya, katanya sambil menambah remaja itu mengakui berada di rumah itu sejak pagi kelmarin.

Kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan JHEAIPP dan siasatan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat, katanya.

Sementara itu di KULIM, seorang pelajar perempuan tingkatan lima ditahan penguatkuasa Pejabat Agama Islam Kulim Kedah (PADK) di rumah teman lelakinya, Selasa lalu.

Mereka ditahan selepas PADK mendapat maklumat daripada jiran sebelum membuat serbuan di rumah teman lelakinya yang berusia 24 tahun di Taman Lobak pada jam 8.45 pagi.

No comments:

Post a Comment