ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UPADE #LAHAD DATU @130313

Wednesday 13 March 2013

UPADE #LAHAD DATU @130313

JENERAL MUSA TERBUNUH DI KAMPUNG TANJUNG BATU


Pasukan keselamatan percaya 15 anggota penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanduo 1 Mac lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, sehubungan itu polis akan memeriksa semula kawasan kubur yang ditemui di kampung itu pada 6 Mac, yang turut menyaksikan polis menemui 12 mayat penceroboh.

“Sebelum ini kami jumpa sembilan mayat di dalam sebuah kubur dan berdasarkan maklumat baharu itu, kami percaya terdapat kubur lain di kawasan itu,” katanya pada sidang akhbar pagi ini.

Bagaimanapun, katanya, polis tidak akan mengeluarkan mayat-mayat di dalam kubur itu kerana ia telah mereput.

Sementara itu, Hamza berkata pasukan keselamatan mengeluarkan satu lagi mayat dari Kampung Tanjung Batu semalam, menjadikan 23 jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan setakat ini.

“Saya juga sahkan satu daripada 23 mayat itu ialah seorang jeneral dikenali sebagai Musa yang mati dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan dalam tempoh 24 jam lepas.

“Tumpuan Operasi Daulat yang masuk hari kelapan hari ini ialah Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai agar membantu pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat untuk membanteras kumpulan pengganas militan yang berkubu di Kampung Tanduo sejak 12 Februari lepas.

Sejak insiden pencerobohan pengganas itu, lima anggota polis cedera manakala lapan lagi terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac. 


SEORANG LAGI WIRA NEGARA TERKORBAN


Al Fatihah..seorang lagi anggota keselamatan kita syahid semasa pertempuran di Pasasil bersempadan dengan Tanduo. Anggota tentera yang terkorban itu berpangkat prebet, Mohd. Hurairah Ismail dari Pasir Mas Kelantan.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohamad Zin berkata, dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, pasukan keselamatan turut menembak mati tiga pengganas Sulu.


Anggota tentera yang terbunuh merupakan korban yang pertama bagi Angkatan Tentera Malaysia sejak operasi dijalankan untuk mengusir keluar pengganas² Sulu yang telah mendarat di Kampung Tanduo pada 12 Februari (2013)

Menurut PAT, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, pasukan bersama tentera dan polis sedang melakukan operasi 'pembersihan' dan penggeledahan pada jam 7:45 pagi tadi.

Anggota² keselamatan kemudiannya bertempur dengan pihak musuh sebelum pihak musuh berundur. Pihak keselamatan kemudiannya berjaya menjejak dan menemui semula pihak musuh sebelum satu lagi pertempuran bersenjata baru berlaku pada jam 10:45 pagi.

Semasa berbalas tembakan, seorang anggota tentera terkorban manakala tiga anggota pengganas Suluk berjaya dibunuh oleh pihak keselamatan.
Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, tiba di rumah ibu bapanya pada pukul 11.20 pagi di Bayu Lalang di sini dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.


PERTEMPURAN DI SUNGAI NYAMUK


Jam 10.34 pagi semalam 12/03/2013, Angkatan Tentera Malaysia telah melaporkan berlakunya serang hendap di kawasan ZL 10, Sungai Nyamuk. Beberapa siri berbalas tembakan telah berlaku di mana menyaksikan akhirnya 3 musuh telah ditembak mati  manakala 2 lagi cedera.
Difahamkan musuh yang tercedera telah melarikan diri. Seorang anggota ATM juga telah tercedera ekoran dari pertempuran itu dan telah dikejarkan ke Hospital Sandakan dengan helikopter PDRM.
Dilaporkan bahawa tembak menembak masih berlaku. 

JALUR GEMILANG DIKIBAR DI GROUND ZERO

Anggota keselamatan Malaysia telah sepenuhnya mengawal Ground Zero di Kampung Tanduo dan menaikkan Jalur Gemilang di sana setelah serangan berbalas tembakan berhenti sejak seminggu yang lalu.

22 mayat pengganas Sulu telah dibawa keluar semalam dan telah dihantar untuk menjalani bedah siasat. 
Mengesahkan bahawa operasi ke atas pengganas di Tanduo berakhir, Komisioner Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata operasi kini tertumpu di kampung Tanjung Batu dan kampung Tajung Bilis. Beliau ketika disoal semasa siding Ops Daulat di Felda Sahabat 16 berkata, tiada kejadian tembak menembak  berlaku kelmarin.

Tambah beliau lagi, Anggota keselamatan telah berada di dalam fasa terakhir untuk menyingkirkan kesemua pengganas dari kampung berdekatan di mana lebih 2,000 orang awam telah berpindah ke penempatan sementara di Felda Sahabat.

Walaupun kehidupan harian di Semporna dan Lahad datu telah kembali pulih seperti sediakala, beliau mengingatkan penduduk tidak memasuki Tanjung Batu dan Sungai Bilis yang masih diklasifikasikan sebagai Zon Merah.

Dari kesemua 22 mayat pengganas dijumpai yang akan dihantar ke Lahad datu (16) dan Tawau (4), Hamza berkata, beliau tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan yang telah dilaporkan pegawai forensik samada salah satu mayat berkenaan adalah Haji Musa, Jeneral kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram.

“Kita belum pasti samada  itu adalah Haji Musa kerana dia tidak beruniform sewaktu ditemui”.
Menurut sumber, Haji Musa, berketurunan Bajau, adalah bekas Jeneral Tentera Filipina, dan kemudiannya, Komander kepada MNLF yang  diketuai Nur Misuari.

Penduduk setempat mendakwa anak kepada seorang pemimpin politik di Kampung Tanduo telah mengahwini anak perempuan Haji Musa.

Mereka juga mendakwa, Haji Musa di sekitar umur 60, mempunyai ramai saudara di Sungai Bilis dan selalu mengenakan uniform brigadier-jeneral Kesultanan Sulu.

Nasib yang menimpa Azzimudie, 72, masih belum diketahui.

OPERASI MENGELEDAH SELESAI, 97 DITAHAN

Jumlah tahanan yang disyaki terlibat dalam kejadian pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo yang ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) meningkat kepada 97 orang.

MAYAT PENGGANAS DIBEDAH SIASAT

Ketua Forensik Bukit Aman, ASP Hussein Omar Khan (dua dari kiri) menunjukkan 16 mayat kumpulan pengganas Sulu yang mati ditembak oleh pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu yang kini diletakkan di Hospital Lahad Datu.

Dr. Norlimah, pasukan petugas forensik dari Kota Kinabalu dan juga Kuala Lumpur turut dipanggil untuk membantu tugas-tugas bedah siasat yang akan dijalankan di Hospital Tawau itu. Sebanyak 16 mayat pengganas Sulu, termasuk seorang berpangkat jeneral dikenali sebagai Komander Musa, telah dìhantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

SEKOLAH MULA DIBUKA

Lima puluh empat sekolah - lima di Lahad Datu dan 49 di Semporna - dibuka semula hari ini selepas polis mengesahkan keadaan di kawasan itu adalah selamat dan terkawal. Operasi menggeledah dan mencari di Kampung Tanduo telah berakhir dan penduduk akan dibenarkan pulang ke kampung itu dalam masa terdekat ini.

AKTIVITI EKONOMI DAN SOSIAL SEPERTI SEDIA KALA

Selepas lebih seminggu diselubungi ketakutan, keadaan keselamatan yang terkawal tanpa ancaman baru memberi keyakinan kepada masyarakat tempatan untuk meneruskan aktiviti ekonomi dan sosial di daerah tersebut.

Tinjauan Bernama di Semporna mendapati masyarakat di daerah itu kembali sibuk menjalankan aktiviti masing-masing tanpa bimbang menjadi sasaran kumpulan penceroboh. 

Kebanyakan kedai atau premis perniagaan termasuk bank-bank dan stesen minyak membuka perniagaan seperti biasa, manakala pasar-pasar awam kembali meriah dengan 'pekikan' para peniaga melariskan jualan. 

Perkhidmatan bot yang menjadi nadi dan alat pengangkutan utama penduduk berulang-alik dari pulau ke pekan Semporna juga dilihat rancak semula dengan jeti-jeti pendaratan dipenuhi bot manakala kawasan tumpuan pelancong yang sebelum ini suram kembali meriah dengan kemasukan pelawat asing.

No comments:

Post a Comment