ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GAMBAR MAYAT YANG DITEMUI DIDEDAHKAN

Thursday 7 March 2013

GAMBAR MAYAT YANG DITEMUI DIDEDAHKAN



Sebuah kubur yang menempatkan seramai 12 mayat pengganas Sulu telah berjaya ditemui di Lahad Datu oleh pihak berkuasa Malaysia selepas Ops Daulat yang dilancarkan semalam.

Mayat-mayat itu dipercayai telah ditanam oleh rakan-rakan pengganas sebelum mereka kemudiannya melarikan diri.

Perkara ini telah disahkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas satu sidang media, sebentar tadi.

Semasa sidang media itu juga, pihak media telah ditunjukkan dengan tiga keping gambar yang memaparkan sembilan mayat yang dijumpai semalam, seorang yang telah ditembak pagi tadi dan gambar kubur yang digali yang menempatkan tiga mayat pengganas terbabit.


Foto Lanun Sulu Mati Badan Dah Kembung




No comments:

Post a Comment