ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI #LAHAD DATU @140313

Thursday 14 March 2013

TERKINI #LAHAD DATU @140313

KELUARGA KIRAM DAKWA KOMANDER MUSA MASIH HIDUP
Keluarga Kiram menyanggah kenyataan pasukan keselamatan Malaysia yang mendakwa “Komander Haji Musa” yang juga bekas komander Moro National Liberation Front (MNLF) yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi militan Sulu terbunuh dalam Ops Daulat.

Jurucakap Sultan Sulu Abraham Idjirani memberitahu saluran media ABS-CBN News beliau telah bercakap dengan ketua kumpulan Agbimuddin Kiram yang mengesahkan Musa masih lagi hidup, bercanggah dengan laporan di sini.

“Beliau masih lagi hidup dan mereka telah berkumpul semula pada 1.00 pagi Rabu. Mereka minum kopi. Laporan berita Malaysia salah,” kata Idjirani menurut portal atas talian saluran tersebut.
** ini semua taktik Sultan Kiram untuk menaikkan semangat pengganas pengganas yang masih hidup..jadi dia buat kenyataan kata Jeneral mereka masih hidup walaupun kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan salah satu mayat pengganas yang ditemui merupakan Jeneral Musa...

TENTERA TERUS BURU PENGGANAS SULU
Pasukan keselamatan yakin ketua kumpulan militan yang menceroboh Lahad Datu, Azzimudie Kiram masih berada dengan kumpulan itu yang kini berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yakin Azzimudie tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Feb lepas.

"Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Hamza berkata keyakinan itu bersandarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan zon merah Operasi Daulat termasuk melalui laut kerana kawalan di laut adalah amat kukuh dan pemantauan sentiasa dijalankan.

Selepas sembilan hari Operasi Daulat, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh dan 25 daripada mayat penceroboh militan itu telah dibawa keluar dari zon merah.

Seramai 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi    manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan, kata Hamza.

Sehingga kini 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua tentera. Seorang daripada anggota tentera itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku.
- Bernama

BOT PENGGANAS SULU DIPENUHI SENJATA DITAHAN
Unit peronda Tentera Laut Filipina awal hari ini telah memintas pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III dalam dua bot di perairan Tawi-Tawi.

Menurut laporan media Filipina www.philstar.com, jurucakap tentera laut mereka, Lt. Commander Gregory Fabic berkata, bot yang membawa 35 pengikut sultan itu di kawasan berhampiran bandar Andoligan sekitar jam 6.30 pagi tadi.

Turut dirampas daripada bot yang dinaiki mereka adalah beberapa unit senjata api dan bahan letupan.

Dalam penahanan itu, terdapat seorang wanita dalam bot berkenaan.

Fabic berkata, mereka masih menyiasat sama ada pengikut sultan Sulu itu mahu memasuki Sabah, lokasi di mana militan yang mendakwa sebagai “Tentera kesultanan Sulu” berkubu sejak sebulan lalu yang turut mengakibatkan pertempuran berdarah antara militan Filipina itu dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Sejak pertempuran antara pasukan Malaysia dan kumpulan bersenjata bermula pada 1 Mac, sejumlah 67 orang telah terbunuh, termasuk 56 militan Filipina, lapan anggota polis Malaysia, dua tentera Malaysia dan seorang remaja, yang masih belum dikenalpasti kewarganegaraannya.


FILIPINA TANGKAP 35 PENGGANAS SULU

Tentera Laut Filipina merampas senjata api dan peluru dari 35 orang yang disyaki pengikut kesultanan Sulu, seorang daripadanya wanita, ketika memintas mereka di perairan sekitar Pulau Andolingan di Tawi-Tawi pagi ini.

Jurucakap Tentera Laut Lt-Komander Gregory Fabic berkata kapal peronda BRP Mariano Alvarez dan kapal meriam BRP Jose Andrada memintas dua buah bot di barat Pulau Andolingan sekitar jam 6.30 pagi.

Fabic berkata laporan awal menunjukkan sebuah daripada bot tersebut sedang menuju ke Sabah.

Suspek dijangka tiba di Batobato, Tawi-Tawi untuk siasatan.

Terdapat laporan mengenai orang Tausug sedang menuju keluar untuk membantu pengikut kesultanan Sulu di Sabah sejak pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia tercetus awal bulan ini.


Filipina dan Malaysia telah menjalankan kawalan di laut untuk menghalang pengikut kesultanan itu menyertai yang lainnya di Sabah.

Sebelum kejadian ini, pihak berkuasa Filipina berkata mereka juga telah memintas 70 pengikut kesultanan yang sedang menuju ke Sabah.

Di samping itu, ratusan rakyat Filipina dari Sabah telah tiba di selatan Filipina selepas melarikan diri daripada apa yang ramai daripada mereka mendakwa, tindakan keras oleh pihak berkuasa Malaysia.

"MAT BOM" DITANGKAP !!!
"MAT BOM"..., Itulah nama yang sering meniti di bibir para penduduk yang ditemui di Felda Sahabat apabila diminta bercakap mengenai ‘dalang’ di sebalik pencerobohan pengganas militan Sulu ke atas penempatan mereka.
Rata-rata percaya, Mat Bom orang yang paling bertanggung jawab dalam ‘menyambut’ pengganas militan Sulu ke sini hingga menyebabkan 10 anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkenaan.
Akhbar sebelum ini melaporkan lapan lelaki termasuk  Mat Bom telah ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang dikawal ketat polis bantuan FELDA.
Menurut sumber, hasil pemeriksaan polis bantuan yang curiga dengan tindak-tanduk lelaki itu bersama lapan pengikutnya akhirnya membongkar taktik liciknya selepas dia difahamkan antara dalang membawa pengganas masuk ke Kampung Tanduo.
“Mat Bom yang juga penduduk Kampung Tanduo didakwa sering menghasut penduduk kampung supaya memberontak di sini.
“Dia juga sering mengedar risalah mengenai Kesultanan Sulu kepada penduduk kampung dan menghasut supaya mentaati Sultan Sulu,” katanya.

BUKTI ABGIMUDDIN KIRAM MASIH BERADA DALAM KAWASAN ZON MERAH.
Penemuan jubah dan beberapa pakaian seragam tentera ketika pasukan keselamatan menggeledah rumah di Kampung Sungai Nyamuk kelmarin, membuktikan pemimpin pengganas Sulu, Abgimuddin Kiram masih berada dalam kawasan zon merah iaitu Kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Tanjung Labian. Biarpun ada desas-desus mengatakan Agbimuddin sudah melarikan diri bersama pengikutnya sebelum serangan ofensif pasukan keselamatan dimulakan pada 5 Mac lalu, tetapi polis yakin ketua pengganas itu masih berada dalam kawasan zon merah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, sebagai ketua, Abgimuddin yang juga perancang untuk melaksanakan serangan dipercayai tidak akan meninggalkan saki-baki pengikutnya.

"Kami percaya dia tidak akan lari daripada tanggungjawabnya (sebagai ketua). Jadi, pihak keselamatan yakin dia masih berada di kawasan zon merah. Kepungan yang ketat juga sudah dibuat di kawasan berkenaan termasuk di kawasan pantai dan laut.

“Tidak mungkin dia dan pengikutnya boleh terlepas dan melarikan diri,” katanya dalam sidang media harian di Felda Residence Sahabat, di sini pagi semalam.

Menurutnya, setakat ini, Op Daulat masih diteruskan di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk.

MALAYSIA TUTUP SEMUA PINTU RUNDINGAN KIRAM DAN KERAJAAN FILIPINA !!!
Media Filipina Inquirer Mindanao melaporkan Kerajaan Malaysia telah menutup semua pintu rundingan untuk menamatkan krisis di Sabah..

Menurut Menteri Luar, Anifah Aman Kerajaan Malaysia tidak akan melayan sebarang rundingan buat masa ini..Ini termasuk cadangan rundingan dari pihak ketiga iaitu Kerajaan Filipina.

Apabila ditanya mengenai kebenaran kepada pihak ketiga yang akan ke Sabah untuk bertemu dengan pengganas Sultan Jamalul Kiram III bagi menyelesaikan masalah ini..Anifah menjawab " Kalau sesuatu perkara yang buruk terjadi kepada mereka, apakah kesannya terhadap imej Malaysia???

DIGOS CITY, Philippines—The Malaysian government has closed the door to any negotiation to end the crisis in Sabah.
The state-run Radio 24 reported Foreign Minister Anifah Aman as saying Malaysia will not entertain any negotiations at this time, including one being proposed by third parties such as the Philippine government.
The broadcast was monitored via shortwave radio here.
 Asked whether Malaysia would allow third party emissaries to travel to Sabah to meet with the followers of Sultan Jamalul Kiram III there, Anifah replied, “If something bad happens to them, what effect would it have on Malaysia’s image?”

No comments:

Post a Comment