ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: [LAHAD DATU] GUGURNYA LAGI WIRA NEGARA!!

Tuesday 5 March 2013

[LAHAD DATU] GUGURNYA LAGI WIRA NEGARA!!


Barisan Perwira Yang Gugur Dalam Mempertahankan Keamanan Dan Keselamatan Negara
Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya.
Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.
Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.
Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.
Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.
Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.
Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara..!

Al-Fatihah untuk  Allahyarham ASP Ibrahim bin Lebar, Allahyarham Sarjan Baharin bin HamitAllahyarham Sarjan Aziz bin SarikonAllahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran dan Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran.  Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan syahid mempertahankan negara. Amin.

Takziah buat keluarga Mendiang ASP Michael Padel.

No comments:

Post a Comment