Media perdana melaporkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.
Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie itiu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.
Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan Utusan Malaysia difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.
Sementera itu, Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan senarai nama enam anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap penceroboh di Semporna, Sabah.
Sementera itu, Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan senarai nama enam anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap penceroboh di Semporna, Sabah.
Mengikut maklumat Borhan Abu Samah, wakil Utusan Malaysia di Sabah, seorang pegawai polis wanita berpangkat inspektor menjadi tebusan penceroboh tentera Sulu di Semporna.
Berikut adalah senarai anggota keselamatan kita yang terkorban.....
1. Supt Ibrahim Lebar, E1 B.Aman
2. ASP Michael, KCKD Semporna
3. Sjn Aziz - PGA Bn 14 Sprna
4. Kpl Azrul - PGA Bn 14 Sprna
5. Sjn Bahrin - E1 IPK Sabah
6. Kpl Salam - CKhas Tawau
Sumber : Utusan Online
Al Fatihah....
No comments:
Post a Comment