ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HOT!!! VIDEO (PART II) PUNCA BAGAIMANA INSIDEN MEMALI TERCETUS !!!

Saturday, 30 March 2013

HOT!!! VIDEO (PART II) PUNCA BAGAIMANA INSIDEN MEMALI TERCETUS !!!



Seperti yang dijanjikan, di bawah adalah video bahagian II.

Tujuannya ialah untuk menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.

Seperti yang kita tahu, pemimpin pembangkang telah meracuni minda rakyat dengan memperlekeh-lekehkan anggota keselamatan. Yang terbaru ialah tindakan mereka yang menghina anggota keselamatan kita yang berjuang di Sabah.

Anda saksikan video terbaru bahagian II :



Video : Bukti pembohongan pemimpin PAS dan pembangkang

Yang lebih memalukan dan menjatuhkan maruah parti PAS ialah apabila Zainon Ismail yang juga dikenali sebagai CN Al-Afghani telah mendedahkan penganiayaan terhadap balu Memali yang diarahkan membayar sejumlah kos guaman pada tahun 2007, sedangkan kutipan dana daripada orang awam sudah lebih daripada mencukupi.
Selain itu, Zainon juga mempersoalkan 'kehilangan' wang berjumlah RM30 ribu hasil jualan mesin jahit kepunyaan bengkel jahit Memali. 
Zainon yang juga bekas aktivis tegar dan ahli seumur hidup PAS sebelum ini telah beberapa kali mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit. 
Namun desakannya tidak diendahkan sebaliknya beliau dipecat daripada PAS dan buku tulisannya diharamkan oleh PAS. 
Zainon adalah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali.
Sungguh memalukan!

Lihat juga keterangan di dalam video di bawah :

No comments:

Post a comment