ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TENDANG PAS DI SELANGOR!!! IKUT KATA DAP ATAU AZMIN AKAN DILONDEHKAN ???

Thursday 5 November 2015

TENDANG PAS DI SELANGOR!!! IKUT KATA DAP ATAU AZMIN AKAN DILONDEHKAN ???


Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari percaya Dap akan terus memberi tekanan kepada PKR di Selangor khususnya terhadap kepimpinan Menteri besar, Azmin Ali untuk memecat Pas daripada kerajaan negeri berkenaan.
Menurut beliau pelbagai tekanan akan diberikan sehinggalah mereka dapat melihat di depan mata Pas terpelanting daripada pimpinan kerajaan negeri yang hari ini dibentuk menerusi gabungan PKR, Pas dan Dap.
“Cuma yang timbul persoalan adalah mampukah PKR menahan asakan berkenaan. Jika ditanya kepada saya persoalan ini, bukannya PKR yang akan memberikan jawapan tetapi adalah Menteri Besar Azmin Ali.
“Jika senario hari ini berterusan, percayalah segalanya akan dilondehkan dan kepada Azmin bersedialah untuk menanti pelbagai serangan daripada rakan sekutunya sendiri dalam memastikan agenda untuk melihat Pas terpelanting berjaya.
“Jika melihat hari ini, nampaknya Dap bersunguh-sungguh untuk melihat perkara berkenaan dan jawapannya sepertimana yang diperkatakan tadi bukannya bergantung kepada PKR tetapi terletak di bahu Azmin. Sejauh mana Azmin mampu menahan asakan berkenaan kita lihat dalam masa terdekat,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Dilaporkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menerima tamparan apabila Dap Selangor memberi kata dua untuk memecat wakil rakyat Pas dari pentadbirannya.
Ini berikutan seorang perwakilan pimpinan tertinggi parti itu memberi tempoh memecat wakil rakyat Pas daripada Kerajaan Selangor atau Dap sendiri akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu.
Pengerusi Dap Kajang Baru, Chiong Yoke Kong berkata, Pas sudah memungkiri janji dalam Pakatan Harapan dan mahu pimpinan tertinggi Dap memberi tempoh kepada Mohamed Azmin untuk pecat wakil rakyat Pas atau Dap keluar dari pentadbiran kerajaan negeri.
“Sekiranya Azmin gagal memecat wakil rakyat Pas Selangor, pimpinan Dap harus tidak teragak-agak keluar daripada Kerajaan Selangor”, kata Chiong.
Anuar Shaari seterusnya menambah kerusi panas menteri besar akan terus menghantui Azmin sekiranya beliau tidak mampu menangani perkara terbabit dengan sebaik mungkin.
“Apa pun dalam situasi ini rasanya Azmin serba salah untuk melakukan sebarang keputusan. Cuba kita sorot kembali bagaimana Azmin naik sebagai menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sejurus langkah Kajang yang tidak menjadi.
“Di sebelah kiri adalah Dap dan di sebelah kanan Azmin adalah Pas…bagaimana beliau mahu mengatasi kemelut berkenaan kerana sejarah perlantikan menteri besar sebelum ini tentunya menghantui beliau.
“Takkanlah beliau sudah lupa kepada sejarah berkenaan. Kita tunggu dan lihat bagaimana Azmin mengatasi kemelut terbabit. Apakah beliau benar-benar mampu menahan asakan daripada rakan sekutu sendiri untuk menyingkirkan rakan sekutunya juga,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment