ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SPM 2015 BERMULA HARI INI

Monday 2 November 2015

SPM 2015 BERMULA HARI INI

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bermula di seluruh negara pada Isnin didahului subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2.

Sejumlah 440,682 calon berdaftar untuk peperiksaan itu yang berlangsung di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh sehingga 8 Disember.

Daripada jumlah itu, 379,466 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 29,799 merupakan calon persendirian.

Sejumlah 34,146 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran peperiksaan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam entri terbaharu Twitter pada Ahad mengucapkan selamat berjaya kepada pelajar tingkatan lima yang mengambil SPM.

No comments:

Post a Comment