ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DEBAT ARUL-PUA DI TV1 JUMAAT INI

Wednesday 4 November 2015

DEBAT ARUL-PUA DI TV1 JUMAAT INI


SERDANG: Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan secara langsung debat antara Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pada Jumaat ini menerusi TV1, jam 9 malam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd Salleh Keruak, berkata perdebatan itu wajar dilaksanakan bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak mengutarakan pandangan dan bertanyakan soalan mengenai isu 1MDB yang dikaitkan dengan pelbagai kontroversi.

"Saya sudah melakukan perbincangan dengan RTM dan meminta mereka menghubungi kedua-dua pihak bagi menjemput untuk sesi perdebatan khas selama sejam dalam slot khas yang dicadangkan bersiaran di TV1, Jumaat ini, pada jam 9 malam.

"Bagaimanapun, ia bergantung kepada persetujuan Pua dan Arul untuk tampil dalam program perdebatan ini yang tentu saja dapat memberi maklumat kepada masyarakat mengenai pelbagai isu berkaitan 1MDB.

"Sudah tentu ada maklumat yang tidak boleh diperdebatkan dalam rancangan khas ini kerana ia masih dalam peringkat siasatan oleh PAC," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Kali Ke-9 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, sebentar tadi.
Bernama

No comments:

Post a Comment