ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HARGA ROKOK NAIK MULAI ESOK

Wednesday 4 November 2015

HARGA ROKOK NAIK MULAI ESOK


KUALA LUMPUR – British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) menaikkan harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa esok.

Harga baru untuk rokok rangkaian Dunhill adalah RM17, Benson & Hedges (RM17), Pall Mall (RM15.50), Shuang Xi (RM18), Kent (RM17), Peter Stuyvesant (RM15.50) dan Lucky Strike Plain (RM17.50).

Pengarah Urusannya, Stefano Clini berkata, harga rokok dinaikkan seiring dengan kenaikan eksais rokok sebanyak 40 peratus yang dikenakan kerajaan.

Katanya, ia turut mengambil kira kesan GST serta tekanan kos inflasi.

“Industri tembakau sebelum ini sudah terjejas dengan peningkatan sebanyak 12 peratus (eksais rokok) yang dilaksanakan pada 1 November 2014 selain pengenalan GST sebanyak enam peratus, awal April lalu.

“Pasaran tembakau merosot 10 peratus pada September lalu dan kenaikan mendadak eksais rokok ketika ekonomi yang lemah serta sentimen pengguna hari ini akan menyebabkan permintaan tinggi terhadap rokok seludup.

“Ia memungkinkan satu daripada tiga kotak di pasaran adalah rokok yang diseludup. Kami tidak boleh membayangkan apa yang akan berlaku pada industri ini sekiranya eksais berkenaan dinaikkan sehingga 40 peratus,” katanya.

Sementara itu, semua stesen minyak, kedai serbaneka dan hypermarket sudah menerima senarai harga rokok pada 7 malam tadi.

Pemilik premis akan menguatkuasakan harga itu serta merta bermula 12.01 tengah malam nanti.



Seorang daripada pemilik stesen minyak di Kuala Lumpur mengesahkan menerima notis daripada BAT Malaysia berhubung kenaikan harga rokok berkenaan. – HMetro

No comments:

Post a Comment