ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DUA WANITA NYARIS LEMAS TERPERANGKAP DALAM LIF

Friday 20 November 2015

DUA WANITA NYARIS LEMAS TERPERANGKAP DALAM LIF


KOTA BHARU - Dua wanita nyaris lemas selepas ‎terperangkap dalam lif di bangunan bank di Jalan Kebun Sultan di sini, petang semalam.‎

Mangsa dipercayai terssangkut antara tingkat dua dan tiga bangunan tersebut kira-kira jam 2 petang.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan ‎II, Mohd Rozi Jusoh yang mengetuai operasi berkata, enam anggota dihantar ke lokasi kejadian.‎

"‎Anggota bomba berusaha naik ke bilik motor bagi mengerakkan lif secara manual sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

"Salah seorang mangsa mengalami sesak nafas dan telah diberi rawatan awal menggunakan tabung oksigen pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.‎
SH

No comments:

Post a Comment