ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU RM2.6 BILLION DALAM AKAUN PM @NajibRazak DIJAWAP 3 DISEMBER

Friday 6 November 2015

ISU RM2.6 BILLION DALAM AKAUN PM @NajibRazak DIJAWAP 3 DISEMBER

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menjawab semua soalan yang dibangkitkan berhubung dakwaan RM2.6 bilion dana 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Dewan Rakyat, 3 Dis ini.  

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata adalah lebih baik untuk mengumpul semua soalan mengenai perkara itu dan menjawabnya pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini.    

"Sekiranya perdana menteri menjawab hari ini dan esok satu lagi soalan dan kemudian satu lagi soalan, maka ini tidak akan berakhir.    

"Tidakkah anda fikir ia adil untuk kumpul semua soalan dan beri jawapan sekali gus," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Parlimen hari ini.    

Ditanya sama ada Najib akan menjawab soalan-soalan itu pada hari tersebut, beliau berkata: "Sama ada perdana menteri atau sesiapa sahaja dari JPM akan menjawab...ia masih prerogatif perdana menteri."     

Azalina berkata Peraturan Tetap tidak menyatakan soalan yang dibangkitkan di Dewan Rakyat perlu diberi jawapan pada hari sama soalan ditanya.
Bernama

No comments:

Post a Comment