ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BERPADALAH MEMBENCI MUSUH, MUNGKIN SATU HARI JADI KEKASIH - HARUN DIN

Tuesday 17 November 2015

BERPADALAH MEMBENCI MUSUH, MUNGKIN SATU HARI JADI KEKASIH - HARUN DIN


PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan UMNO selagi ia bertujuan ke arah kebaikan dan bertunjangkan kebajikan.
Menegaskan perkara itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din berkata, sebagai sebuah parti yang mendokong Islam, parti itu tidak boleh menolak apa sahaja perkara yang boleh mencapai dan memerlukan kepada pertolongan kerana ia merupakan suruhan Allah.
Walau bagaimanapun, jelas beliau, kerjasama secara khusus antara kedua-dua pihak masih belum dimuktamadkan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kebersamaan itu boleh berlaku bergantung kepada keadaan dan masa yang menentukannya.
“Adapun (kerjasama) secara khusus, sejauh mana kerjasama yang dikatakan itu berlaku atau akan berlaku, bergantunglah dengan perkembangan, namun buat sementara ini, sampai hari ini kita tidak membuat sebarang keputusan muktamad.
“Sejauh mana dan bagaimana untuk dilakukan kerjasama itu, mungkin keadaan menentukannya. Kedua-dua (parti) sememangnya mungkin bekerjasama atau mungkin tidak bekerjasama, bergantunglah kepada sejauh mana kebajikan atau kebaikan yang boleh diterima demi mencapai ketakwaan kepada Allah,” katanya.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam berkata, PAS sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) selagi tindakan itu menguntungkan parti tersebut dan demi me­negakkan Islam.
Menurut beliau, PAS bukannya sebuah parti yang jumud dan disebabkan itu mereka akan berkerjasama dengan semua pihak demi mempertahankan negara tidak kira kerajaan atau pembangkang.
Dalam pada itu, Haron turut mengingatkan semua ahli PAS termasuk mereka yang bukan lagi menjadi ahli PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) agar tidak menyerang sesiapa sehingga melemparkan tuduhan dan fitnah.
Tokoh ulama berpengaruh itu berkata, walaupun episod kebersamaan antara mereka yang meninggalkan parti itu sudah tertutup, namun ia tidak bermaksud untuk mewujudkan permusuhan sebaliknya mengekalkan persahabatan.
“Saya menyeru ahli PAS jangan menyerang sesiapa, sama juga saya menyeru kepada bukan PAS supaya tidak menyerang PAS. Kenalilah siapa musuh kita yang sebenar dan kenalilah kawan berdasarkan hadis nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Berpada-padalah menyayangi kawan kamu, mungkin satu hari dia akan menjadi musuh kamu dan berpada-padalah membenci musuh kamu kerana mungkin satu hari dia berubah menjadi kekasih kamu.”
“Dalam bermusuhan, menyerang dengan kata-kata yang tidak sepatutnya bukan dari akhlak Islam tetapi menasihati apa sahaja yang boleh membawa kepada kebaikan adalah dari ajaran Islam. Jauhilah fitnah kerana akibatnya kamu tidak dapat menanggung balasannya,” katanya.
Mengulas mengenai konsensus pakatan pembangkang yang dilanggari DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, beliau berkata, perkara tersebut tidak relevan lagi untuk dibangkitkan kerana pada masa ini hubungan AS dan DAP sudah terputus.
Kata beliau, sememangnya isu tersebut menjadi punca utama keretakan hubungan antara kedua-dua parti itu disebabkan pencabulan DAP terhadap keputusan yang telah dibuat bersama dalam pakatan pembangkang.
AD

No comments:

Post a Comment