ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PERPECAHAN PR ANGKARA DAP MUNGKIR JANJI - HADI AWANG

Friday 13 November 2015

PERPECAHAN PR ANGKARA DAP MUNGKIR JANJI - HADI AWANG


Perpecahan dalam pakatan rakyat (PR) sebenarnya berpunca daripada tindakan DAP yang mungkir janji, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul hadi Awang.
“DAP merupakan pihak sebenar yang telah mungkir dalam perjanjian pakatan rakyat,” katanya.
Abdul Hadi berkata, ketiga-tiga pihak dalam PR iaitu PAS, PKR dan DAP pada awalnya bersetuju untuk memberikan hak kepada Kerajaan Kelantan melaksanakan hudud di negeri itu.
Persetujuan itu telah diikat dengan tanda tangan bersama antara Abdul Hadi mewakili PAS, Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Kit Siang (DAP).
“Akhirnya dia bersetuju buat kenyataan bersama. Itu hak Kelantan. Adapun DAP tak setuju, itu hak DAP. Ikut pandai kamu lah, itu hak kamu.
“Nak laksana syariat, ini hak Kelantan. Dia setuju dan tanda tangan surat. Saya ‘sign’. Datuk Seri Anwar ‘sign’. Lepas itu Lim Kit Siang pun ‘sign’ surat itu. Disebar dalam surat khabar beberapa tahun dulu.
“Tiba-tiba sampai masa kemuncak, kita nak bawa di Kelantan, dia (DAP) bantah lagi. Dia buat satu langkah yang keras, kalau sekiranya kita bawa juga, dia nak keluar dari pakatan rakyat. (kita) kata keluarlah, keluar.
“Kita tegas dengan pandangan kita,” kenyataan Hadi yang dipetik sumber Harakah didedahkan semula oleh Iszuree Ibrahim.
Pada 27 September 2014, Iszuree Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan di Pulau Pinang selepas mengkritik projek pembangunan di Pulau Pinang.
Beliau berkata, inilah wajah sebenar DAP yang menentang dakwah Islam termasuk di Sarawak.
“Mereka (DAP) menentang dengan memecat wakil Ahli Majlis PAS dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebab kami menentang kedai judi siber, menentang kelulusan lesen kedai-kedai hiburan pub, disko yang berleluasa di Pulau Pinang, menentang kelulusan kedai-kedai hiburan permainan ala judi.
“Alasan mereka ialah ia menjejaskan pengundi mereka yang merupakan tokey-tokey untuk cari makan.
“Apakah kesannya kepada masalah sosial masyarakat di Pulau Pinang?,” soal Iszuree.
Katanya, inilah antara punca konflik yang berlaku kini.

No comments:

Post a Comment