ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAN SEDIA TERIMA HUSAM

Friday 20 November 2015

PAN SEDIA TERIMA HUSAM


Parti Amanah Negara (PAN) sedia menerima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Kelantan, Datuk Husam Musa menyertai parti itu jika PAS sudah tidak lagi menghargainya. 

Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Mohd Tahir, berkata Husam sudah begitu lama dipinggirkan dalam parti itu sedangkan beliau adalah wakil rakyat yang cemerlang ketika memegang pelbagai jawatan di bawah pentadbiran, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Sehubungan itu, katanya, PAN tidak teragak-agak menerima Husam jika beliau memutuskan untuk menyertai mereka, sekali gus menjadi aset penting bagi meneruskan kelangsungan parti itu. 

"Dia memang dipinggirkan sejak sekian lama di negeri sendiri, (sedangkan) dia seorang ahli Parlimen cemerlang ketika mewakili Kubang Kerian dan EXCO Kanan berkebolehan dan cemerlang semasa pentadbiran negeri di bawah Tok Guru (Nik Abdul Aziz). 

"Husam ialah sahabat rapat kami, berkongsi pemikiran yang sama, sama-sama dipinggirkan dan jadi mangsa fitnah ketika kami bersama, namun kami hormati keputusannya bersama PAS ketika penubuhan PAN.

"Namun, kalau beliau sudah dibenci, tersingkir dan tidak dikehendaki dan mahu menyertai PAN, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan," katanya pada sidang media PAN, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Husam dalam PAS yang dilihat semakin kritikal berikutan kritikan terbukanya pada pimpinan parti itu.
bharian

No comments:

Post a Comment