ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ALFATIHAH : PENGASAS NASI ULAM CIKGU MENINGGAL DUNIA

Tuesday 24 November 2015

ALFATIHAH : PENGASAS NASI ULAM CIKGU MENINGGAL DUNIA


Kota Bharu: Pengasas Restoran Nasi Ulam Cikgu, Abdul Hamid Idris, 65, meninggal dunia 6.30 pagi tadi di rumahnya di Kampung Pasir Kota, di sini, akibat kanser gusi.

Allahyarham mengusahakan restoran berkenaan sejak 20 tahun lalu menghembuskan nafas terkahir di sisi isterinya, Siti Razam Awang, 64, anak dan cucu.

Menantunya, Muhammad Hussin, 40, berkata, bapa mertuanya itu menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan menjalani satu pembedahan Disember 2013.

"Keadaan ayah semakin tenat sejak April lalu dan tidak boleh menjalani pembedahan kerana masalah jantung.

"Jenazah ayah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tambak, Pasir Kota, selepas zohor," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment