ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DEBAT ARUL-PUA BOLEH DITERUSKAN DENGAN SYARAT - PANDIKAR AMIN

Wednesday 4 November 2015

DEBAT ARUL-PUA BOLEH DITERUSKAN DENGAN SYARAT - PANDIKAR AMIN


KUALA LUMPUR: Debat antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy boleh diteruskan dengan bersyarat, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar Amin berkata, Pua perlu meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) serta tidak boleh membabitkan diri dengan prosiding siasatan PAC berhubung syarikat pelaburan strategik itu.

"Saya tidak akan babitkan diri dengan hal ini (perdebatan) kerana berpegang pada aturan urusan mesyuarat dewan iaitu ada Jawatankuasa Khas Parlimen iaitu PAC untuk menyiasat 1MDB.

"Jika mahu teruskan juga perdebatan, Petaling Jaya Utara (Tony Pua) perlu meletak jawatan sebagai ahli PAC dan tidak membabitkan diri dalam mana-mana bahagian atau prosiding 1MDB.

"Arul Kanda selaku saksi siasatan juga tidak boleh terbabit dalam prosiding 1MDB jika perdebatan diteruskan," katanya ketika memutuskan isu perdebatan berhubung 1MDB antara Pua dengan Arul Kanda di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Pandikar Amin berkata, perdebatan yang dicadangkan itu bukannya penyelesaian dalam isu berkenaan.
Bernama

No comments:

Post a Comment