ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : KERJA MENCARI DAN MENYELAMAT DI LAUT CHINA SELATAN DIAKTIFKAN .

Saturday, 8 March 2014

TERKINI : KERJA MENCARI DAN MENYELAMAT DI LAUT CHINA SELATAN DIAKTIFKAN .




Kerja-kerja mencari dan menyelamat pesawat MH370 KL - Beijing yang terputus hubungan dengan menara kawalan di Subang, pagi Sabtu akan tertumpu di Laut China Selatan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata kali terakhir penerbangan MH370 berhubung dengan menara kawalan adalah pada posisi 120 batu nautika dari Kota Bharu, merentasi Laut China Selatan.

"Ia merupakan kawasan sempadan laut Malaysia - Vietnam," katanya pada sidang media khas di KLIA, sebentar tadi.

Beliau berkata, kerjasama akan dilakukan dengan pihak berkuasa Vietnam dalam usaha menjejaki pesawat tersebut.

Malaysia, Vietnam lancar operasi mencari pesawat hilang

SEPANG - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya hari ini menafikan spekulasi bahawa penerbangan Malaysia Airlines ke Beijing yang hilang telah mendarat di Nanming, China.

Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi hari ini, kira-kira dua jam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, katanya dalam sidang akhbar.

Ahmad Jauhari berkata pasukan mencari dan menyelamat Malaysia dan Vietnam telah mengaktifkan operasi mereka di Laut China Selatan di sepanjang sempadan ruang udara Malaysia dan Vietnam semasa hubungan dengan pesawat itu terputus.

"Mereka melancarkan operasi mencari dan menyelamat beberapa jam lalu. Dan mereka masih berusaha. Kita perlu menunggu keputusannya.

"Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang pengesahan bahawa ada pesawat mendarat di Nanming, China. Kita terputus hubungan pada kira-kira 2.40 pagi, itu hubungan radar.

"Kedudukan terakhir yang dilaporkan ialah kira-kira 120 batu nautika di timur Kota Baharu, di Laut China Selatan. Tidak ada petanda isyarat kecemasan daripada pesawat," katanya. - Bernama

Doakan keselamatan #PrayForMH370

SHAH ALAM - Susulan pesawat MAS yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini, warga internet di Facebook dan Twitter melahirkan rasa simpati dan doa untuk semua penumpang pesawat tersebut.

Rotimi Adegunloye : Let us set aside nationality, religion, race, etc and continue to pray for those on the #Malaysian Airlines flight. #PrayForMH370

Aishah Azmii: The aircraft is out of radar. Ya ALLAH pls protect the people who are in flight MH370

Diyana Halik: Ya Allah, pls save everyone in #MH370 #PrayForMH370 This is too sad.

Selebriti Sharifah Aleya, Nelydia Senrose dan Mizz Nina juga berkongsi kesedihan dan doa tentang kejadian tersebut:

Sharifah Aleya: More than anything, I'm praying for peace in the lives of the families. Ya ALLAH, what they must be going through right now. #PrayForMH370

Nelydia Senrose: It's sad. We can only hope for the best. Our prayers are with you #PrayForMH370

Mizz Nina: Ya ALLAH, I pray for the safety of the passengers on board the missing plane #PrayForMH370

Menurut twitter Bernama @bernamaradio24 , Tentera laut Vietnam sahkan penerbangan #MH370 KL-Beijing terhempas ke Laut China Selatan

Pihak Malaysian Airlines masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan terbaru mengenai penerbangan tersebut.

Penerbangan MH370 yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac, dan dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Marilah kita sama-sama berdoa keselamatan dan kesejahteraan penumpang #MH370. - Bernama

Kapten Zaharie juruterbang pesawat yang hilang

KUALA LUMPUR - Penerbangan Malaysia Airlines yang dalam perjalanan ke Beijing yang hilang hari ini dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, kata ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Zaharie menyertai MAS pada 1981 dan mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam, katanya kepada pemberita.

Ahmad Jauhari juga berkata pembantu juruterbang penerbangan MH370 ialah Fariq Ab Hamid, 27.

Fariq berpengalaman terbang 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007, katanya.

Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan, kata Ahmad Jauhari.

Pesawat itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 6.30 pagi (waktu Beijing). Ia membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 kru penerbangan. - Bernama

Vietnam nafi kesan isyarat pesawat MAS yang hilang

HANOI - Pegawai penyelamat Vietnam menafikan isyarat pesawat MAS yang hilang dapat dikesan. 



Laporan awal dalam Xinhua News melaporkan Pengarah Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Maritim Vietnam, Pham Hien berkata, maklumat mengenai isyarat pesawat itu yang dapat dikesan kira-kira 120 batu nautika barat daya wilayah Ca Mau adalah tidak tepat.


"Kami tidak mempunyai peralatan untuk mengesan kedudukan pesawat," kata Hien kepada Xinhua. - Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment