ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERBARU : VIDEO RITUAL RAJA BOMOH SERU MAYAT UNTUK TIMBUL !!!

Friday, 28 March 2014

TERBARU : VIDEO RITUAL RAJA BOMOH SERU MAYAT UNTUK TIMBUL !!!


SEBELUM ini, beberapa aksi ritual yang dilakukan oleh Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin bagi ‘mengesan’ pesawat MH370 dikritik ramai kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

Namun, ternyata kritikan yang diterima tidak melunturkan semangat bomoh ini untuk terus ‘berusaha’.

Terbaru, dia dan pengikutnya mengadakan satu lagi ritual baru di Pulau Sembilan yang bertujuan untuk menyeru mayat untuk timbul.

Antara aksi mereka termasuklah meneropong dan menarik ‘sesuatu’ menggunakan objek berbentuk tongkat.

Apa yang kurang enaknya, salah seorang pengikutnya turut melaungkan azan sewaktu ritual tersebut.

Apa pun, diharap media asing tidak sewenang-wenangnya mencipta cerita baru dengan menganggap perbuatan Raja Bomoh itu sebagai salah satu amalan dalam Islam.

Tindakan Ibrahim itu dimuat naik menerusi Youtube oleh Suara.tv.

Dalam rakaman berdurasi 2.58 minit itu, pengamal perubatan tradisional yang mendakwa dirinya sebagai raja bomoh didakwa melakukan ritual berkenaan di Pulau Sembilan, Perak.

Bersama Ibrahim adalah empat lelaki yang membantunya melakukan ritual berkenaan.

Tidak seperti aksinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menggunakan gaya seperti 'tikar terbang', kali ini Ibrahim menggunakan dua teropong kononya untuk melihat di mana pesawat MH370 berada.

Lelaki terbabit dilihat meneropong ke arah laut dari darat dan turut berendam separuh badannya ke dalam laut sambil melakukan ritual teropong.


Ritual berkenaan kemudian tamat tanpa sebarang penemuan seperti yang diusahakan oleh Ibrahim atau perkara baharu yang mungkin boleh mambawa berita gembira kepada semua pihak.

No comments:

Post a comment