ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KENAPA PAS KELANTAN LENGAHKAN PERLAKSANAAN HUDUD ???

Sunday, 16 March 2014

KENAPA PAS KELANTAN LENGAHKAN PERLAKSANAAN HUDUD ???


Pas Kelantan didakwa cuba melengah-lengahkan pelaksanaan hukuman hudud dengan pelbagai alasan termasuk halangan politik, perlembagaan dan juga mencetuskan isu darurat sepertimana berlaku Majlis Gerakan Negara (Mageran) 1978.


Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, sejarah membuktikan Umno tidak pernah menolak hudud, sebaliknya Pas sering kali memberikan alasan.

“Dulu Pas kata pihak yang tidak melaksanakan syariat Islam adalah orang mungkar… kata Umno tolak hudud. Sekarang, dia bagi alasan Pas sebuah parti yang patuh kepada Perlembagaan negara dan takut peristiwa Mageran berulang jika hudud dilakukan."

“Buat apa takut pada Mageran? Mageran hanya berlaku jika rakyat buat demonstrasi besar-besaran sehingga negeri huru-hara, namun alasan itulah yang rakyat percaya kerana kata-kata itu keluar dari Pas,” katanya semasa berceramah dalam Majlis Penerangan Pasca Sidang Dun Kelantan di Balai Rakyat Dun Kok Lanas, di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Adun Kuala Balah, Datuk Aziz Derashid dan Ketua Penerangan Parlimen Ketereh, Ahmad Tarmizi Musa.

Pada sidang Dun baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan menyatakan rasa khuatir dengan menyatakan kemungkinan Kelantan dirampas Barisan Nasional (BN) melalui penubuhan Mageran sekiranya hudud tetap dilaksanakan.

Mohd Alwi yang juga Adun Kok Lanas bagaimanapun mengakui untuk melaksanakan hukuman itu kekangan perlembagaan wujud dan ia perlu diperbetulkan melalui kerjasama umat Islam Umno dan Pas.

“Melaluinya kedua-dua parti perlu berbaik, bukan bergaduh supaya masalah selesai,” katanya.

SH

No comments:

Post a Comment