ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KEPUTUSAN BICARA PASANGAN RAKYAT MALAYSIA DI SWEDEN DI JANGKA AKHIR MAC.

Saturday 8 March 2014

KEPUTUSAN BICARA PASANGAN RAKYAT MALAYSIA DI SWEDEN DI JANGKA AKHIR MAC.



KUALA LUMPUR: Keputusan perbicaraan pasangan rakyat Malaysia yang berdepan pertuduhan mendera anak mereka di Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden dijangka diumum dua minggu selepas hari terakhir prosiding yang jatuh pada 14 Mac ini.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata perbicaraan pada Isnin ini bakal menyaksikan sepuluh saksi pendakwaan memberi keterangan.

“Sementara beberapa orang saksi lagi akan memberi keterangan pada Rabu ini. Saksi terdiri daripada mereka yang mempunyai kaitan secara langsung dengan keluarga ini selain beberapa individu yang disebut oleh anak mereka ketika proses soal siasat dijalankan pegawai penyiasat.

“Saksi ini dijangka dipanggil oleh kedua-dua pihak dan turut menyertai senarai ialah rakan sekolah anak mereka, guru, pegawai khidmat sosial serta jiran tetangga,” katanya dalam e-mel kepada Bernama malam Jumaat.

Khairul Anwar, yang menyertai misi khas Sukaguam di Sweden, berkata hari Ahad, Rabu dan Jumaat ini menjadi pelengkap kepada jadual perbicaraan terhadap Shalwati Norshal, guru yang mengambil cuti tanpa gaji, dan suaminya Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden, yang berlangsung selama sebulan sejak 18 Feb lepas. 
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment