ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LAGI GAMBAR DAKWA TEMUI PESAWAT MH370 !!!

Thursday 20 March 2014

LAGI GAMBAR DAKWA TEMUI PESAWAT MH370 !!!



Imej yang diperoleh menerusi rakaman satelit mendakwa bayangan dalam air adalah pesawat MH370.

MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang memasuki hari ke-13 pada Khamis,  menyaksikan pelbagai pihak tampil dengan teori dan gambar kononnya yang diperoleh menerusi rakaman satelit menunjukkan lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan hilang. 
Terbaharu, satu lagi imej dimuat naik dengan mendakwa bayangan dalam air yang dirakam oleh satelit merupakan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.
Berbeza dengan gambar lain, kali ini penerangan mengenai gambar tersebut lebih terperinci termasuk kedudukan pesawat itu ditemui.
Pesawat tersebut kini didakwa berada di dalam lautan di Selat Melaka iaitu lokasi terakhir penerbangan yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dikesan radar tentera.
Bagaimanapun tiada pihak yang tampil membuat pengesahan mengenai ketulenan gambar tersebut.Mstar

MH370: Objek Dikesan Satelit Berukuran 24 meter


CANBERRA: Objek yang dikesan oleh imej satelit di Lautan Hindi di lokasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370,  dipercayai sepanjang 24 meter, kata pihak berkuasa Australia pada Khamis.
Dalam pada itu, objek dalam saiz yang lebih kecil turut berjaya dikesan.
"Objek itu tidak kelihatan dengan jelas. Pada saya, objek itu mempunyai saiz munasabah dan mungkin terapung di atas permukaan air.
"Saiz terbesar objek itu adalah sepanjang 24 meter. Namun objek yang lagi satu adalah lebih kecil sedikit," katanya pegawai Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young. - Mstar
Satelit Australia kesan objek di Lautan Hindi
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata di Canberra pada Khamis bahawa imej satelit telah menunjukkan dua objek yang boleh dikaitkan kepada pesawat Malaysia yang hilang pada 8 Mac, menurut agensi berita Reuters.
Agensi berita itu memetik Abbot sebagai berkata dalam ucapannya di Parlimen "bahawa maklumat baharu dan kredibel telah diperolehi berhubung misi mencari ... di selatan Lautan Hindi."
"Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat berdasarkan imej satelit mengenai objek-objek yang mungkin boleh dikaitkan dengan pencarian," kata Abbot dan menambah pesawat Boeing 777-200ER dalam penerbangan ke kawasan objek-objek ditemui itu.
AMSA berkata ia akan mengadakan taklimat media di Canberra kelak, lapor Rueters.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12  anak kapal hilang kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac. Ia dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.
Pengumuman di Australia dibuat pada hari ke-13 usaha pencarian antarabangsa terhadap pesawat itu yang menurut data satelit, melencong daripada laluan di Laut China Selatan dan menuju Lautan Hindi.
Kawasan pencarian diperluas meliputi di barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi, apabila didapati pesawat telah terbang selama tujuh jam selepas itu.
Usaha pencarian kemudian ditumpukan di dua koridor iaitu koridor utara yang merintangi dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi. - Bernama

No comments:

Post a Comment