PASIR GUDANG - Seorang juruteknik hampir terbabas apabila keretanya dibaling batu pecahan konkrit ketika dalam perjalanan menghantar dua rakannya ke Singapura melalui Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) berhampiran Taman Rinting, di sini, 15 Februari lalu.
Mohd Zakri Jusoh, 38, berkata, ketika kejadian lebih kurang jam 4.25 pagi, kelihatan sesusuk tubuh seorang lelaki berumur lingkungan 30-an berbaju merah dan bertopi sedang mencangkung di atas pembahagi lebuh raya.
Menurutnya, bagaimanapun dalam beberapa saat sahaja tiba-tiba seketul batu pecahan konkrit melayang ke arah cermin depan kereta dan mengena tepat ke bahagian matanya sehingga menyebabkan penglihatannya kabur seketika.
“Dalam keadaan kesakitan dan kebingungan, saya sempat menghidupkan lampu kecemasan dan memandu ke laluan tepi lebuh raya dan mendapat bantuan daripada beberapa pemandu lain yang turut melalui lebuh raya berkenaan.
“Kejadian berlaku terlalu pantas kerana ketika saya melihat kelibat seorang lelaki mencangkung di atas pembahagi lebuh raya.
"Dalam hati saya sempat berbisik ‘eh macam orang’ dan secara tiba-tiba seketul batu mengenai tepat ke arah mata saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Zakri berkata, dia ditahan di Hospital Sultan Ismail (HSI) selama 19 hari kerana mengalami kecederaan serius di bahagian mata kiri dan telah menjalani pembedahan akibat keretakan pada tulang mata.
Jelasnya, dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi trauma kerana tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku.
“Syukur Alhamdulillah kami tidak terbabas dan tidak dilanggar oleh kenderaan yang datang dari arah belakang kerana ketika itu saya memandu di lorong kanan.
“Saya tak tahu tujuan apa dia bertindak begitu, tapi saya tidak menolak kemungkinan dia ingin merompak kerana menyangka saya sendirian memandu kereta pada waktu itu dan terkejut sebaik melihat rakan turut keluar dari kenderaan saya,” katanya.
Mohd Zakri berharap agar pihak bertanggungjawab sepatutnya lebih peka dengan keadaan keselamatan di kawasan berkenaan kerana ia menjadi laluan utama terutama pada waktu kemuncak pekerja yang ingin ke Singapura.
Menurutnya, dia mengharapkan kerjasama pihak bertanggungjawab supaya memastikan kerosakan lampu jalan di kawasan itu dibaik pulih segera dan pihak polis kerap melakukan rondaan sekitar jam 4 pagi untuk keselamatan orang awam yang ingin keluar berkerja.
Orang ramai katanya, juga dinasihatkan supaya lebih berwaspada terutamanya ketika memandu atau menunggang pada waktu malam dan awal pagi.SH

No comments:
Post a Comment