ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENYEBAR FITNAH DIBURU - KHALID @pdrm

Sunday 23 March 2014

PENYEBAR FITNAH DIBURU - KHALID @pdrm


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mewujudkan satu unit khas bertujuan mengesan dan memburu pihak tidak bertanggimgjawab yang membuat fitnah, hasutan, tohmahan, spekulasi dan khabar angin dalam media social. 

Ini berikutan kegiatan itu boleh menggugat kesejahteraan masyarakat di dalam negara. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, unit dikenali sebagai Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Pohs (PCIRC) itu akan diperkasa dengan penambahan kelengkapan dan peralatan terkini, selari dengan perkembangan Internet masa kini. 

Katanya, pegawai serta anggota yang ditugaskan dalam unit berkenaan juga adalah mereka yang mempunyai kemahiran dalam teknologi moden. 

"Unit itu adalah inisiatif baharu dan langkah proaktif PDRM bagi mengekang dan mengesan salah guna internet khususnya dalam media sosial."

"Perkembangan dunia internet telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan memburuk-burukkan individu mahupun kerajaan,” katanya dalam temu bual khas bersama beberapa media sempena sambutan Hari Polis ke-207 tidak lama lagi.

Unit PCIRC, difahamkan diletakkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) kerana berkaitan dengan perkembangan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dunia. 

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd Zinin berkata, polis akan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Akta Hasutan bagi mendakwa mereka yang menimbulkan rasa bimbang dan tidak selamat dalam kalangan masyarakat. 

Katanya, PDRM tidak akan berkompromi dengan pihak yang menyebarkan khabar angin dan spekulasi hingga boleh membahayakan keamanan dan ketenteraman awam. 

Sumber: PDRM

No comments:

Post a Comment