ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BENARKAH PESAWAT MH370 DIRAMPAS ???

Saturday, 15 March 2014

BENARKAH PESAWAT MH370 DIRAMPAS ???


KUALA LUMPUR: Menurut laporan Associated Press, seorang pegawai kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa salah seorang juruterbang atau terdapat individu lain yang mempunyai kemahiran mengendali pesawat telah merampas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pegawai itu yang terlibat dalam siasatan misteri kehilangan MH370 berkata belum dapat mengetahui motif sebenar rampasan pesawat itu dan lokasi di mana pesawat itu diterbangkan.

Beliau yang enggan identitinya didedahkan berkata, rampasan pesawat bukan lagi satu teori tetapi sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan.

Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing kira-kira pukul 12.41 pagi Sabtu.

Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Mstar

Diplomat Pelbagai Negara Turut Hadiri PC MH370

Sebentar lagi, akan berlangsung sidang media bagi memberitahu perkembangan terkini kes pesawat MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu lagi.
Dipercayai, ada berita penting dan drastik bakal diumumkan kerana salah seorang petugas media asing yang berada di lokasi sidang media melaporkan, para Diplomat asing dilihat turut menghadiri sidang media hari ini.

No comments:

Post a Comment