ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TEORI ANWAR DALAM KEPUTUSAN KES LIWAT II !!!

Thursday 20 March 2014

TEORI ANWAR DALAM KEPUTUSAN KES LIWAT II !!!

Rakyat News
 KAJANG 19 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya yang merupakan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebelum ini adalah punca beliau kalah kes liwat 2 beliau baru-baru ini.

Anwar yang juga merupakan Ketua Umum PKR berkata, sekiranya beliau tidak dicalonkan sebagai calon PRK DUN Kajang maka beliau bebas daripada disabitkan sebarang kesalahan yang memperuntukkan penjara 5 tahun penjara.

"Saya bukan benci orang, saya tahu apa maknanya. Saya baru nak masuk sahaja ke Kajang terus kena 5 tahun penjara.

"Kalau tidak jadi (PRK) Kajang ini, tidak masuklah (saya) dipenjara," katanya ketika berceramah di Majlis Makan Malam Anjuran Memacu Arus Perjuangan (MAP) di Sg. Kantan di sini, hari ini.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Dengan keputusan ini, mengikut Perkara 64(4) undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding pada PRK DUN Kajang yang dijadualkan berlangsung 23 Mac nanti.

Perkara 64(4) undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor memperuntukkan syarat hilang kelayakan untuk bertanding kerusi DUN Selangor berkuatkuasa serta merta dari tarikh seseorang itu hilang kelayakan sebagai ahli DUN -- dalam hal ini, disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun.
RakyatNews

No comments:

Post a Comment