ALANGKAH menakjubkan kehidupan seorang mukmin itu.
Ketakjuban 'khas' kepada mereka yang mencapai darjat 'mukmin'. Seluruh kehidupan seharian menjadi kebaikan bagi dirinya.
Ketakjuban 'khas' kepada mereka yang mencapai darjat 'mukmin'. Seluruh kehidupan seharian menjadi kebaikan bagi dirinya.
Bila dia mendapat sesuatu nikmat sama ada banyak atau sedikit, dia bersyukur dan apabila ditimpa dengan sesuatu musibah, walau macam mana perit sekalipun, dia tetap bersabar.
Bila dia disindir, diketawa, dicaci, dimaki, dihina, dicerca serta disakiti oleh orang-orang jahil, ia menyebut "ALHAMDULILLAH" tanpa membalas perbuatan mereka sedikitpun. Hatinya, lisannya serta tangannya selamat dari menyakiti makhluk-makhluk Allah yang lain.
Segala urusannya dikembalikannya kepada Allah Rabb al 'Alamin yang Maha Bijaksana.

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila ditimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Pengertian Mukmin :
Orang mukmin ialah orang yang beriman, percaya dan yakin dengan sebenar-benar yakin serta tiada perasaaan syak atau ragu-ragu sedikit pun kepada Allah s.w.t dan apa-apa yang disampaikan Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. Mereka beriman dan bertaqwa iaitu mereka sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik dan sentiasa menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar dan maksiat yang dilarang oleh Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment