ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEBARKAN : PENIPUAN KEWANGAN MELALUI PANGGILAN TELEFON !!!

Tuesday 11 March 2014

SEBARKAN : PENIPUAN KEWANGAN MELALUI PANGGILAN TELEFON !!!


SCAM ALERT : Sindiket yang didalangi oleh warga tempatan dan warga asing menggunakan peralatan khas di mana membolehkan nombor telefon Bank Negara Malaysia tertera di skrin telefon bimbit mangsa. Taktik ini menyebabkan mangsa mudah percaya dan tertipu.

Modus operandi :
1. Sindiket akan menghubungi mangsa dan mendakwa kad kredit mereka digunakan telah digunakan oleh orang lain.
2. Sindiket yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia tersebut mendakwa akaun bank mangsa telah disiasat.
3. Sindiket kemudian meminta mangsa memindahkan semua wang ke dalam akaun khas bagi mengelakkan wang itu dilarikan penjenayah yang memalsukan identiti mereka.

Nasihat polis :
1. Berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan panggilan telefon oleh mana-mana individu yang mendakwa diri pegawai kerajaan atau swasta (pegawai polis, pegawai Bank Negara Malaysia atau pegawai bank) memaklumkan akaun bank anda digunakan oleh orang lain.
2. Semak dengan pihak yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
3. Jangan menghubungi nombor telefon yang diberikan oleh mana-mana orang yang melalui telefon, sebaliknya hubungi nombor rasmi agensi tersebut. 
4. Untuk pertanyaan lanjut dan hasihat hubungi Pusat Hubungan Pelangan Bank Negara Malaysia (BNMTELELINK)di talian 1300 88 5465

No comments:

Post a Comment