ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #pray4MH370 : CHINA GUNA 10 SATELIT TINGKATKAN PENCARIAN !!!

Tuesday 11 March 2014

#pray4MH370 : CHINA GUNA 10 SATELIT TINGKATKAN PENCARIAN !!!

Dengan nasib MH307 diselebungi misteri dan belum ada sebarang serpihan pun ditemui selepas puluhan jam ia dilaporkan hilang, kerajaan China hari ini meningkatkan kemampuan mencari dan menyelamat dengan mengubah kedudukan 10 satelit mengeliling orbit milik mereka.
Perkara itu didedahkan laman web milik pasukan tentera China, People’s Liberation Army (chinamil.com.cn).
Chinamil memetik Pusat Kawalan Dan Pengawasan Satelit Xi’an yang melancarkan respon kecemasan bagi proses mencari berkenaan bermula lewat hari ini (Isnin).
Bagi tujuan pengesanan itu, laman web berkenaan memberitahu, pusat kawalan telah mengubah sepenuhnya arahan (commands) asal satelit berkenaan yang sebelum ini digunakan bagi tujuan pengawasan, komunikasi dan aspek lain kepada arahan khas yakni mengesan lokasi MH370.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat dan sepatutnya dijadual tiba di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu.
Daripada jumlah itu, 150 penumpang merupakan warga negara China.

No comments:

Post a Comment