Apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat MH370 ???
Di bawah adalah jawapan juruterbang berpengalaman Kapten Nik Huzlan Nik Hussain berkenaan isu ini.lihat jawapan di bawah
1. Agak mustahil untuk sebuah kapal terbang terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
2. Agak mustahil untuk kita katakan pesawat mengalami total 'electrical shutdown' dan sekiranya berlaku sekalipun,pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu,setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
3. Di udara,setiap pesawat akan dapat baca pesawat lain,yang berdekatan.
4. Setiap laluan yang dilalui oleh mana-mana pesawat,adalah juga laluan yang dilalui oleh pesawat lain. Laluan utama.Jadi mustahil laluan di situ boleh memutuskan bacaan dan komunikasi dengan menara kawalan.
5. MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi 'maintainance' kerana menurut kapten,Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
6. Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik,bahkan menurut Kapten,juruterbang MAS sering "diculik" oleh syarikat penerbangan lain.
7. Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
8. Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa,namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
9. Akhir sekali,Kapten Nik menyatakan bahawa,Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang beliau pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.
Di kalangan pemerhati industri penerbangan,insiden MH370 mengingatkan kepada nahas pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian
Ayuh Rakyat Malaysia, kita Doakan agar semua penumpang dan crew pesawat MH370 selamat. Amin..
PERKONGSIAN DARI BLOG Badut Rakyat.
No comments:
Post a Comment