ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KES HINA SULTAN : PAS IKRAR AKAN PERTAHANKAN KARPAL - MAT SABU

Monday 10 March 2014

KES HINA SULTAN : PAS IKRAR AKAN PERTAHANKAN KARPAL - MAT SABU



SEBERANG JAYA,10 MAC - Bertempat di perkarangan Tapak Pasar Malam Seberang Jaya semalam, Pakatan Rakyat telah mengadakan siri ceramah jelajahnya untuk menarik sokongan bagi mengadakan Reformasi 2 di Putrajaya kelak.

Dihadapan kira-kira 1500 penyokong yang hadir, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain dilihat telah mengapi-apikan semangat rakyat dengan propaganda jahat mereka untuk menghuru-harakan negara dalam ceramah itu.

PAS telah menghantar Mat sabu sebagai wakilnya untuk memberi ucapan di ceramah itu. Mat Sabu yang juga Pesuruhjaya PAS negeri P.Pinang dalam ucapannya telah menegaskan bahawa PAS tetap berdiri di belakang Anwar untuk menentang kerajaan BN yang zalim.

Dalam pada masa yang sama, Mat Sabu turut  menegaskan bahawa PAS dan seluruhnya ahlinya akan berdiri di belakang Karpal Singh dan mempertahankan beliau daripada dizalimi oleh mana-mana pihak susulan kes hasutan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah baru-baru ini.

"Kamu(BN) tipu rakyat, kamu paksa kami tunduk pada kezaliman kamu". "Sama ada Anwar atau Karpal atau sesiapa pun yang dizalimi, PAS akan berdiri tentang habis-habisan puak zalim ini,"ujar Mat Sabu lagi.

Ceramah semalam turut dihadiri oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang lain. Antara yang hadir ialah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Datuk Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri II), Dr.Afif Bahardin (Ketua AMK Pulau Pinang merangkap Exco Kerajaan Negeri) dan beberapa lagi NGO yang lain. 
UtaraNews.com

No comments:

Post a Comment