ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS KELANTAN PERLU HAPUSKAN UNDANG-UNDANG LAPUK - DHPP

Friday 21 December 2012

PAS KELANTAN PERLU HAPUSKAN UNDANG-UNDANG LAPUK - DHPP


Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) seperti dilaporkan FMT http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/12/21/dewan-penyokong-pas-minta-kelantan-kaji-undang-undang-lapuk/ ) meminta kerajaan Kelantan mengkaji dan menghapuskan undang-undang lapuk daripada terus dipraktikkan di negeri itu.
Pengerusinya, Hu Pang Chaw berkata Kelantan sepatutnya mempelajari dari Singapura yang menyelesaikan masalah rakyatnya dalam tempoh tiga hari sahaja.
Katanya, undang-undang kecil salun dan kedai gunting rambut yang diguna pakai sekarang sudah lapuk kerana ia diperkenalkan pada tahun 1986 ketika diperintah oleh BN.
“Tetapi sekarang masa sudah berubah, rakyat sudah ramai mendapat pendidikan, ini bermakna undang-undang kecil itu tidak sesuai lagi.
“Ini yang kita perjuangkan, kita mendapat sebuah kerajaan yang baik kerana mereka sudah setuju untuk mengkaji semula undang-undang kecil itu,” katanya.
Sebelum ini, Exco Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw sebagai berniat jahat apabila mendedahkan kepada media tindakan yang diambil oleh Majlis Perbandaran Kota Baru-Bandaraya Islam (MPKBI) terhadap pasangan orang bukan Islam yang berkelakuan tidak senonoh di tempat letak kereta berhampiran Lapangan Terbang Sultan Islam tengah malam 31 Oktober.
“Dia memberitahu pemberita bahawa majlis perbandaran tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan saman kerana mereka bukan pengawai penguatkuasa kerana mereka hanya pembantu tadbir,” katanya seperti dilaporkan Antarapos.
Takiyuddin berkata DHPP sepatutnya memainkan peranan mereka sebagai sebahagian daripada anggota parti dan bukan sebaliknya.
“Sangat jelas bahawa dia membuat kenyataan tanpa memeriksa fakta terlebih dahulu. Pegawai majlis perbandaran mempunyai had kuasa. Jika dia (Hu) tidak percaya saya, dia boleh menyaman majlis perbandaran."
“Saya mahu dia menyaman majlis perbandaran kerana mempunyai pegawai yang tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang. Saya sendiri bersedia untuk menjadi peguam bela bagi majlis perbandaran nanti,” katanya.

PS : Nampaknya marah benar Takiyudin kepada DHPP

No comments:

Post a Comment