Terpegun seketika apabila dalam Persidangan Agong UMNO, secara spontan wakil jurucakap Kelab Umno luar negara (Jepun) menyanyikan lagu "ANAK KECIL MAIN API".
Secara spontan semua perwakilan dan ahli majlis tertinggi termasuk pengerusi tetap dan Presiden Parti UMNO bangun meneruskan nyanyian lagu keramat orang melayu ini. Suasana dewan menjadi sendu seketika apabila seluruh dewan terus menyanyikan lagu tersebut. TETAPI..., kemana hilangnya lagu "ANAK KECIL MAIN API" yg terbukti berjaya menaikkan ROH perjuangan orang melayu...
ps:- tiap kali saya nyanyi atau dengar lagu ni pun saya sebak.."nenek moyang kayaraya..tergadai seluruh harta benda..."
Renungilah mesej lagu warisan ini "ANAK KECIL MAIN API", dikala bangsa kita dilanda pelbagai dugaan dan kemelut.
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
No comments:
Post a Comment