ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HOT!!! BENARKAH BEKAS PENGARAH JSJ BUKIT AMAN MENYESAL SERTAI PAS ???

Sunday 23 December 2012

HOT!!! BENARKAH BEKAS PENGARAH JSJ BUKIT AMAN MENYESAL SERTAI PAS ???



Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping.

Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi Shaari kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Pada hari ini Datuk Fauzi mengejutkan banyak pihak kerana melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS"Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"

Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi. 

“Takkan saya hendak menyertai DAP, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul."

“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan, tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,”`

Isu bersumpah baiah merupakan satu kewajipan kepada setiap ahli PAS yang dipilih menjadi calon pilihanraya, di mana Datuk Fauzi telah disahkan oleh Setiausaha agung PAS , Datuk Mustafa Ali sebagai calon PAS di Parlimen Larut. (https://biswardi.wordpress.com/2012/12/05/sanggup-cerai-bini-syarat-jadi-calon-pakatan-rakyat-2/) 


Saya sebenarnya tidak tahu mazhab apa yang digunapakai PAS untuk menghalalkan sistem bai’ah yang wujud di dalam parti itu. Sistem bai’ah begitu setahu saya hanya digunakan di dalam organisasi kongsi gelap sahaja. Saya difahamkan bahawa menyertai kongsi gelap bermakna tiada jalan untuk berpatah balik dan perlu terus menganggotai kumpulan tersebut. Jika belot atau keluar dari kumpulan tersebut, maka ahli itu akan dihukum bunuh dan “dihalalkan” darahnya.

Dalam hal ini, PAS mengugut para ahlinya dengan menggunakan institusi keluarga dengan memperjudikan isteri dan anak-anak mereka. Ajaran Islam jenis apakah ini? Apakah meninggalkan PAS itu lebih teruk hukumnya dari meninggalkan Islam? Fikir-fikirkanlah…

No comments:

Post a Comment